RAHSIA DISEBALIK LUKISAN KALIGRAFI DESA


Minat mendalam trhadap subjek seni sejak zaman persekolahan lagi,namun tercetusnya idea dan semangat untuk berkretifviti juga bermeditasi dlm seni lukisan setelah melihat timbunan kanvers iklan tamat tempoh di buang begitu sahaja oleh sesetenggah pihak .. Bagi pengiat seni kretif dan keperihatinan saya terhadap alam sekitar,tidakah itu satu pembaziran dan pencemaran.Jadi fikiranlah sesuatu ??????????
Janggan memandang sinis kepada mereka yg menggutip sampah,kerana mereka bukanlah sampah masyarakat.Siapa tahu disebalik timbunan sampah itu terdapat barang-barang yg boleh dikitar semula,disamping itu sedikit sebanyak dapat menjana pendapatan kita
Bila menyebut pogram tentang kitar semula yang kian hanggat diperkatakan dari masa kesemasa,samada melibatkan individu itu sendiri atau organisasi,namun tidak ramai diantara kita yg sanggup untuk menggutip sampah sebaik sahaja selesai sesebuah acara perasmian atau pun perayaan.Adakah kita malu dengan masyarakat sekeliling,kita sepatutnya memberi contoh idea dan menyedarkan mereka betapa pentingnya menjaga alam sekitar dan kitar semula.                                      satu tabiat yg melanda negara kita ,salah satunya membuang sampah di merata-rata dan di tambah pula dengan banner iklan tamat tempoh dibiar usang,robek  bergantungan di sana-sini.Ini mugkin sedikit akan memberi kesan negatif pada negara kita terutamanya.


Kominiti bebas sampah bukanlah lagi omong kosong,ia melibatkan banyak aspek darisegi pencapaian dan keberkesananya.Saya yg tidak bermodalkan apa-apa ingin merialisasikan impian yg tercipta daripada satu idea kecil kepada satu perniagaan seni kretif yg mungkin tidak ramai terfikir.Dengan ini saya punya misi dan strategi tersendiri bagi membri sedikit idea kepada masyarakat dunia khususnya dan membuktikan bahawa kita mampu melakukanya  dengan bantuan sikap kesungguhan,keperihatinan,kesabaran,kekratifan dan dengan keizinan ALLAH S.W.T .Apa yg saya harapkan adalah kerjasama dari anda semua,marilah kita bersama-sama mnyahut seruan kitar semula dan fikirlah dahulu sebelum membuangnya.



Dan inilah hasil pencapaian saya dari sampah yang dikatakan tidak berguna oleh sesetengah pihak.




KINI LUKISAN KALIGRAFI DESA BUKAN LAGI RAHSIAPosted by Picasa

Comments

Popular posts from this blog